Wednesday, August 3, 2011

KERTAS KERJA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SMK GADONG

KERTAS KERJA

SAMBUTAN KEMERDEKAAN S.M.K GADONG 2011

Pendahuluan

Kelab Setia S.M.K Gadong dengan kerjasama MPP PERTENA dan Panitia Sivik dan Panitia Sejarah SMK Gadong akan mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim SMK Gadong bagi tahun 2011. Justeru, Kelab Setia mengambil inisiatif mengadakan aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan . Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua tingkatan iaitu dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada pelajar selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan tenaga pengajar S.M.K Gadong.

Matlamat

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan dan adalah bagi mencungkil bakat terpendam pelajar-pelajar S.M.K Gadong secara menyeluruh. Di samping itu para guru dapat mengenal pasti potensi pelajar yang mampu mengharumkan nama baik S.M.K Gadong di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah atau sebagainya.

Objektif

1. Menyemai semangat cintakan Negara dan patriotisme.

2. Mencungkil bakat pelajar.

3. Menguji pengetahuan am para pelajar

4. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.

5. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu semasa.

6. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan audien.

7. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat tradisional daripada luput ditelan zaman.

Rasional

Penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah sesuai dan menepati saranan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya bakat pelajar dan potensi pelajar dapat dicungkil dari sekolah lagi. Di samping itu memenuhi program yang telah dirancang di dalam takwim Kelab Setia S,M,K Gadong.

Jawatankuasa

Jawatankuasa Kelab Setia SMK Gadong

Penaung Bersama : Pengarah Penerangan Negeri

Pengarah Pendidikan Negeri

Penasihat Bersama : En. Umar Bin Muamat (Pengetua S.M.K Gadong)

Pegawai Penerangan Daerah

Pegawai Penyelaras : Pegawai Penerangan Daerah Beaufort

Guru Penyelaras : En. Muhamad Fared Bin Zulkafli (Kelab Setia)

En. Zulhamlee Bee (Kelab Setia)

En. Abd Manan Abd Rahman (Panitia Sivik)

En. Haszami (Panitia Sejarah)

Presiden : Shafiq Amin

Timbalan Presiden : Mohd Azmile Md Jabaidah

Naib Presiden : Mohd Norherman Ongot

Setiausaha : Norhafisah Bisno

Penolong Setiausaha : Nasarudin Kamar

Bendahari : Suhaidah Mohamad

Ahli Jawatankuasa :

1. Irnesa Amir

2. Aziane Majid

3. Famieza Hussein

4. Norumirah Jumatin

5. Mohd Hafizul Asahak

6. Anwar Serudin

7. Norhayati Tamimi

8. Shafinah Saimih

9. Malissa Asmat

10. Samsul Musjin

Ahli Jawatankuasa Khas : 1. Mohd Faidaus Mazial

2. Sufianah Mohamed

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran bagi penganjuran Sambutan Kemerdekaan S.M.K Gadong ini adalah semua pelajar dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam namun keutamaan diberi kepada ahli Kelab Setia. Manakala pelajar yang menyertai pula akan dikategorikan mengikut kategori menengah rendah, menengah atas dan Pra Universiti bagi tingkatan enam atas.

Strategi

Aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan pelajar secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan semua ahli Kelab Setia, MPP PERTENA dan Panitia Sivik SMK Gadong bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses pengajaran dan pemelajaran. Namun bagi memastikan penyertaan pelajar menggalakan, pada tahun 2011

Keterangan Program

Program ini dilaksanakan berdasarkan ketetapan berikut:

Pelaksanaan : Sepanjang bulan kemerdekaan

Tempat : SMK Gadong

Acara kemuncak :

Kewangan

Aktiviti

Anggaran

Catatan

Pertandingan Sudut Kenegaraan

RM 50.00

Pertandingan Melukis Bertemakan Kemerdekaan

RM 50.00

Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan

RM 50.00

Pertandingan Kenderaan Berhias

RM100

Penajaan

Pertandingan Bolan Sepak Piala Merdeka

RM200

Penajaan

Jumlah

RM 450.00

Jadual Pelaksanaan

CADANGAN AKTIVITI

Bil

Aktiviti

Cadangan Tarikh

1.

Pertandingan Hiasan Kelas Merdeka Raya

8-31 Ogos

2.

Pertandingan Melukis Bertemakan Kemerdekaan

8-31 Ogos

3.

Pertandingan Deklamasi sajak Kemerdekaan

8-31 Ogos

4.

Pertandingan Bola Sepak Piala Merdeka

15 September

5.

Pertandingan Kenderaan Berhias

8-31 Ogos

Instrumen penilaian

Instrumen penilaian yang akan digunakan ialah senarai semak dan refleksi dari peserta.

Penilaian/ pelapor

Laporan kursus secara bertulis dan laporan akan diserahkan kepada pegawai berkenaan bagi penyataan aktiviti Kelab Setia SMK Gadong

Penutup

penganjuran Sambutan Kemerdekaan S.M.K Gadong ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian pelajar secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang positif.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………….. ……………………..

(MUHAMAD FARED ZULKAFLI) (ALBERT TIAN)

Penyelaras, Penyelaras,

Kelab Setia, Kelab Setia Jabatan Penerangan

S.M.K Gadong. Daerah Beaufort..

Disahkan oleh,

…………………………

(UMAR BIN MUAMAT)

Pengetua,

SMK Gadong,

Beaufort.


Anggaran Perbelanjaan Majlis

BIL

Tugas

Anggaran

Catatan

Persiapan Dewan/Pentas

RM 100.00

- banner

Jemputan/Sambutan

-

Promosi/Publisiti/Buku Program

RM 50.00

- kertas dan dakwat

Makanan/Minuman

RM300.00

- VIP dan Guru-guru

Hadiah/Sijil

RM100.00

-sijil

Penyelaras/Urusetia

-

Persembahan

RM50.00

-Prop

Keselamatan/Kebersihan

RM10.00

-Plastik Sampah

Teknikal/Siaraya/ Krew Pentas

RM20.00

- Bateri

Pengangkutan/Kecemasan

RM20.00

-Minyak

Juru acara

-

Bacaan Ikrar

-

Jumlah

650.00


Jawatankuasa Acara Pelancaran Sambutan Kemerdekaan

SMK Gadong 2011

BIL

JAWATANKUASA

NAMA AJK

PERINCIAN TUGAS

GURU PEMANTAU

Persiapan Dewan/Pentas

1. Nazri Helmi

- persiapan pentas dan dewan termasuk meja dan kerusi

E.n. Rosli Suhaili

Jemputan/Sambutan

1. Azianie Majid

- mengedar surat jemputan dan menyambut kehadiran tetamu

En. Abd Manan

Promosi/Publisiti/Buku Program

1. Hamizan Sulaiman

- membuat buku program dan mengadakan publisiti meluas

En. Saiful Azizi

Makanan/Minuman

1. Norhayati Sulaiman

- menyelia makanan dan minuman VIP

Pn. Normadiah

Hadiah/Sijil

1. Shafinah Saimih

2. Norhayati Tamimi

- menyediakan persiapan penyampaian hadiah

En. Haszami

Penyelaras/Urusetia

1. Mohd Norherman Ongot

- menyelia keseluruhan majlis dan memastikan setiap AJK melaksanakan tugas

En, Zulhamlee Bee

Persembahan

1. Razian Mustapa

2. Suhaidah Mohamed

- mengawal selia persembahan dan memastikan kelancaran

En. Muhamad Fared

Keselamatan/Kebersihan

1. Mohd Samsul Musjin

- Memastikan kelematan disiplin

En. Abd Halim Aziz

Teknikal/Siaraya/ Krew Pentas

1. Mohd Nordin Tahir

- memastikan kelancaran majlis dan persembahan

En. Sozi Faizan

Penerangan

Pengangkutan/Kecemasan

1. Mohd Amirudin

2. Anwar Serudin

- memastikan kelancaan majlis

En. Tukiman

Juru acara

1. Nrhayani Karia

- menjadi juruacara majlis

En. Abd Manan

Bacaan Ikrar

Awang Subrie Salle

- ikrar rukun negara

*Guru-guru hanya memantau. Pelaksanaan tugas dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar.

CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN ACARA PELANCARAN

SAMBUTAN KEMERDEKAAN SMK GADONG 2011

7.00 Pagi - Ketibaan tetamu

(pasukan berbasikal mengiringi YB)

7.30 - Ketibaan perasmi

YB Kamarlin Hj. Ombi

(Kompang dan Kulintangan )

8.00 - Majlis bermula

- Nyanyian lagu Negaraku

- Nyanyian lagu ‘Sabah Tanah Airku’

- Puisi Merdeka

- Bacaan doa olehUstaz Idham Khalil

- Ceramah Kemerdekaan

- Lafaz ikrar Rukun Negara oleh Hazlin Saflim

- Ucapan Pengetua SMK Gadong

- Gimik perasmian

(pelajar berarak sambil memegang sepanduk MERDEKA dengan berpakaian baju melayu)

- Ucapan Perasmian Oleh YB Kamarlin Hj. Ombi

- Penyampaian Cenderahati oleh Pengetua Kepada YB

- Penyampaian ‘Jalur Gemilang’ oleh Pegawai Penerangan Kepada Pengetua

- Penyampaian ‘Jalur Gemilang’ oleh pegawai penerangan Kepada Perasmi

- Persembahan Pengisahan Kenegaraan

- Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan

- Persembahan lagu puisi kemerdekaan

- Persembahan Pengisahan Kemerdekaan (teater)

- Persembahan KOIR kemerdekaan

o Lagu Setia

o Lagu Tanggal 31

o Lagu ‘1MALAYSIA’

- Penyampaian hadiah (anak Merdeka)

10.00 - majlis selesai

SEK. MEN. KEB. GADONG

PETI SURAT 178,

89808 BEAUFORT

KERTAS KERJA AKTIVITI KELAB SETIA BERSEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

SMK GADONG

2011

DENGAN KERJASAMA

MPP PERTENA SESI 2010/2011

PANITIA SIVIK

PANITIA SEJARAH

No comments:

Post a Comment