Wednesday, November 4, 2009

SEPAKAT BESTARI 2009

Tuesday, October 20, 2009

KOIR SMK GADONG

Kecemerlangan Koir SMK Gadong sekali lagi terbukti apabila dijemput untuk mempersembahkan koir pada Majlis Sepakat Bestari Daerah Beaufort pada 25,26 dan 27 Jun yang lalu. Persembahan tersebut telah mendapat pengiktirafan yang tinggi dari para hadirin dan lebih membanggakan salah seorang pelajar dari SMK Gadong telah di jemput sebagai pembaca ikrar pada hari berkenaan. Koir SMK Gadong telah disertai oleh seramai 30 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 6 rendah (pra-u) dan ahli-ahli Kelab Setia dari SMK Membakut.

PILIHANRAYA KELAB SETIA SMK GADONG 2009















21 OKTOBER 2009-Kelab Setia SMK Gadong akan mengadakan pilihanraya bagi pemilihan Ahlai Jawatankuasa Kelab Setia sesi 2009/2010 pada 11 November 2009. Pilihanraya tersebut akan dilaksanakan mengikut skema pilihanraya yang disimulasikan daripada pilihanraya yang sebenar. Tarikh pendaftaran dan penamaan calon akan dimaklumkan sedikit masa lagi. Diharap melalui pilihanraya ini dapat mengubah persepsi pelajar SMK Gadong kepada kematangan dan anjakan paradigma dalam mengharungi cabaran semasa.